Sidebar

13
Ahd, Jun

GERBANG INOVASI
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times
 

Inovasi ialah suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan yang memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai inovasi.

APMM telah melaksanakan pelbagai inisiatif kualiti dan inovasi bagi menambahbaik mutu perkhidmatan serta imej Agensi ini. Selaras dengan itu, dalam usaha memperkukuhkan budaya kualiti dan inovasi di APMM, program kualiti dan inovasi akan diteruskan dengan lebih menyeluruh di dalam Agensi ini.

Objektif program Kualiti dan Inovasi APMM adalah seperti berikut:

  1. Menerapkan usaha dalam mempertingkatkan imej Pejabat APMM melalui program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan penyediaan ruang pejabat yang bertemakan korporat melalui daya kreatif warga APMM;
  2. Memupuk semangat kesepakatan dan berpasukan dalam kalangan warga APMM;
  3. Menggalakkan persaingan sihat di antara warga APMM ke arah penambahbaikan yang berterusan ke atas produk atau perkhidmatan melalui program Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK);
  4. Menyemarakkan budaya kualiti dan inovasi di kalangan warga APMM melalui pertandingan-pertandingan inovasi / Sambutan Hari Inovasi;
  5. Meningkatkan kesedaran pendekatan inovasi dalam organisasi melalui kempen / pameran / ceramah / pertandingan / lawatan;
  6. Mewujudkan organisasi pembelajaran (life long learning) sebagai platform dalam memupuk budaya perkongsian ilmu merentasi bahagian dan organisasi; dan
  7. Mengiktiraf individu atau kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi kepada organisasi.
Grid List

MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

AKTIVITI

LANGKAWI, 6 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena kemuncak meraikan bulan ramadhan pada tahun ini, semalam.

  01    02   

Aktiviti gotong-royong sesama warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis dalam menghasilkan 200 bungkusan bubur lambuk ini adalah salah satu inisiatif bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pegawai dan anggota. Agihan bubur lambuk ini seterusnya diserahkan kepada setiap warga kerja samaada yang bertugas di pejabat mahupun di aset-aset Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis.

  03    04   

Selain itu, Majlis Khatam Al-Quran turut diadakan sebagai kemuncak khas program ‘jom mengaji’ di peringkat Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis. Terdahulu, Program ‘jom mengaji’ ini terdiri daripada 15 kumpulan yang terdiri daripada 13 kumpulan lelaki dan dua kumpulan wanita yang diberi dua juzuk bacaan. Program yang telah menjadi acara tahunan ini telah berlangsung sejak awal bulan ramadahan lagi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON