Sidebar

24
Ahd, Jan

Grid List

DASAR PRIVASI
 
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjungSekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
 
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui    e-mel.
Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
 
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

DASAR KESELAMATAN
 
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

PENAFIAN

Kerajaan Malaysia dan APMM adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. 
Grid List

 
PUTRAJAYA, 31 Disember - Dua Pegawai Kanan Maritim Malaysia telah diraikan hari ini dalam satu majlis sempena persaraan perkhidmatan mulai esok, 1 Januari 2021.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar bersara wajib, manakala Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Latihan Operasi (BPPM) Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan pula bersara atas pilihan. 
Berikutan itu, Majlis Serah Terima Tugas Pengarah BPPM turut diadakan dalam majlis berkenaan yang disaksikan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan. 
Setelah berkhidmat selama 26 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar telah melanjutkan kerjayanya bersama Maritim Malaysia selama 15 tahun.
Manakala, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan telah berkhidmat selama 21 tahun bersama TLDM sebelum menyertai Maritim Malaysia dan menamatkan karier beliau di sini, hari ini.
Hari ini merupakan hari akhir perkhidmatan mereka dan telah diraikan dalam majlis JasaMu DiKenang serta istidat ‘street lining’ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.
Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar serta Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan di atas segala jasa dan sumbangan bakti kepada Maritim Malaysia selama perkhidmatan.
WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.40 AM   WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.33 AM  WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.37 AM

WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.34 AM   WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.39 AM  
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON