KUCHING, 2 Mac – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JKTS), YBrs. Encik Sulaiman bin Ismail bersama tiga pegawai JKTS bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, Kompleks Maritim Tun Abang Sallehuddin (KOMTAS) .
Kunjungan hormat tersebut membincangkan hasrat Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk bekerjasama dengan Maritim Malaysia Negeri Sarawak di dalam memastikan Undang-Undang Perburuhan dipatuhi oleh 105 majikan pengendali vesel dengan jumlah 507 pekerja asing yang mempunyai dokumen yang berdaftar dengan JTK di negeri Sarawak.
Perbincangan ini dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama pihak berkuasa bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di perairan negeri Sarawak dan demi memastikan majikan menggunakan saluran yang betul apabila menggunakan warga asing untuk mengusahakan vesel di perairan negeri Sarawak.
Perbincangan tersebut turut di hadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak, Encik Yusuf Mok Bin Mohd Generawi serta pegawai-pegawai kanan Maritim Negeri Sarawak.