WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Linggi, 7 Mei –Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Negeri Sembilan/Melaka menumpaskan cubaan menyeludup rokok jenama Canyon di kedudukan 0.2 Batu Nautika Barat Pantai Pengkalan Balak pada jam 4.20 pagi 27 April lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud dalam kenyataannya berkata, Bot Ronda APMM pada ketika itu sedang menjalankan rutin operasi harian sekitar jam 4 pagi dan mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan yang datang dari arah negara jiran disyaki sedang membawa masuk muatan rokok tidak sah.

Pemeriksaan ke atas bot gentian kaca tersebut berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran menggunakan 4 buah enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda yang berisi muatan rokok lebih kurang 400 kotak. Rokok-rokok tersebut merupakan rokok putih jenama Canyon disyaki rokok yang dibawa oleh bot dari negara jiran untuk dibawa masuk ke Malaysia serta di jual secara tidak sah. Bot beserta muatan tersebut ditunda bertambat di Jeti Maritim Malaysia yang berpangkalan di Kuala Linggi, Melaka dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia Negeri Sembilan/Melaka untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. Anggaran nilai keseluruhan tangkapan rokok beserta bot dan enjin berjumlah lebih kurang RM950,000.

Dalam pada itu, mengulas pembanterasan penyeludupan rokok bagi tahun ini, beliau berkata ini merupakan kes kedua tangkapan rokok berjaya dilakukan. “Saya percaya aktiviti penyeludupan akan bertambah agresif menjelang bulan puasa serta musim perayaan nanti. Statistik tangkapan ini menunjukkan APMM sentiasa peka dengan sebarang permasalahan yang membabitkan perairan negara dan kami berusaha keras mempertingkat operasi  untuk membanteras jenayah penyeludupan ini walaupun sukar untuk dihentikan secara total”, katanya.

 

 

IMG 3718 IMG 3734

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan