WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT , 14 FEBRUARI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim (PM) Batu Pahat telah menahan dua buah bot fiber semasa menjalankan Operasi Satria Selatan di sekitar perairan Rengit semalam.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Bin Abdullah , PM Batu Pahat sering kali menerima rungutan oleh nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot-bot fiber melakukan aktiviti tunda secara haram di sekitar kawasan operasi. Oleh yang demikian operasi kali ini diadakan bagi mengekang dan mencegah kegiatan ini.

Semasa operasi itu diadakan, aset yang terlibat telah berjaya mengesan dua buah bot fiber yang mencurigakan sekitar perairan Rengit lebih kurang jam 12 tengahari. Semasa menghampiri bot tersebut suspek cuba meloloskan diri ke pantai berdekatan untuk mengelak dari diperiksa oleh Maritim Malaysia.

Berbekalkan pengalaman dan latihan yang mendalam, aset Maritim Malaysia berjaya memintas bot tersebut namun awak-awak bot tersebut berjaya meloloskan diri dengan terjun ke kawasan bakau dan meninggalkan bot tersebut. Anggota Maritim Malaysia menunda bot tersebut ke kawasan dimana bot tersebut dikesan dan berjaya menemukan peralatan modifikasi tunda yang telah dipotong.

Bot seterusnya dibawa ke jeti PM Batu Pahat dan diserahkan kepada Pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.Kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985.

 

IMG 3606

 

Sumber :

Staf Perhubungan Awam

Pangkalan Maritim Batu Pahat