WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 22 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pangkalan Maritim Lahad Datu telah memberi bantuan kecemasan bagi memindahkan barang-barang dan mangsa kebakaran di kawasan sekitar Kg Look Magulang, Pulau Sakar.

Pusat Operasi Pangkalan Maritim Lahad Datu telah menerima panggilan kecemasan dari penduduk kampung pada jam 2135H berkenaan kebakaran rumah yang didirikan di atas air. Timbalan Pengarah Operasi Pangkalan, telah mengarahkan bot Halilintar 5 untuk memberikan bantuan sejurus menerima maklumat tersebut. Halilintar 5 telah merapat ke jeti berdekatan dengan kebakaran untuk memberi bantuan memindahkan mangsa-mangsa yang terlibat.

Kejadian berlaku sekitar jam lebih kurang 2100H yang melibatkan 2 buah rumah telah terbakar. Hasil maklumat yang diterima daripada penduduk kampung, punca kebakaran tidak dapat dikenal pasti dan tiada kemalangan jiwa berlaku hanya kemusnahan rumah dan harta benda sahaja.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam lebih kurang 2325H dan selesai bantuan bot Halilintar 5 terus melakukan rondaan sektor operasi Op Pluto Timur 2/2013.

Maritim Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan sekiranya ada kemalangan atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999.

mangsa kebakaran 2 mangsa kebakaran 3

Sumber/Foto : Staf Perhubungan Awam PM8