WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 17 Jan – Sebuah bot gentian kaca yang membawa muatan burung Branjangan telah berjaya ditahan oleh Bot Ronda Maritim Malaysia, DM Kuala Linggi di Perairan Tanjung Gabang pada jam 3 petang. 

          Berdasarkan maklumat risikan Maritim Malaysia, terdapat kegiatan penyeludupan burung-burung spesis terancam di perairan Selat Melaka. Sejurus menerima maklumat tersebut, anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia telah melaksanakan operasi ke kawasan terbabit dan kelihatan sebuah bot sedang menuju keluar dari persempadanan negara jiran.

       Sebaik menyedari kehadiran anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia, awak-awak bot gentian kaca tersebut telah bertindak membuang sebahagian sangkar burung ke laut. Mereka seterusnya berjaya ditahan dikedudukan 4.97 Batu Nautika, Tanjung Gabang, Selangor. Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong bersama 3 orang awak-awak berusia dalam lingkungan 38 hingga 55 tahun merupakan warganegara Indonesia. Kesemua mereka juga gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Sembilan dan Melaka berkata, sebanyak 300 ekor burung pelbagai spesis cuba diseludup dan hanya 279 berjaya diambil semula dari laut, tetapi malangnya hanya 3 masih hidup manakala selebihnya telah mati. Burung-burung ini disyaki dibawa dari negara Vietnam melalui jalan darat ke negara Thailand memasuki Malaysia sebagai pusat transit sebelum diseludup masuk ke Negara Jiran, Indonesia untuk tujuan pengkormesialan. Tambah beliau,Kesemua burung dari pelbagai spesis merupakan burung dari spesis terancam dan merupakan haiwan dilindungi dibawah World Wildlife Fund (WWF) dan salah satu spesis yang dikenalpasti ialah burung Branjangan. 

 

 

IMG-20180116-WA0019 IMG-20180116-WA0024
IMG-20180116-WA0029 IMG-20180116-WA0018

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi