WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 8 Jan – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan di kedudukan lebih kurang 2.2 Batu Nautika Barat Laut Kuala Sala oleh bot peronda Maritim Malaysia Pangkalan Kuala Kedah lebih kurang jam 4.00 pagi. 
 
Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah Lt Komander Maritim Ahmad Kamal bin Mohd Noor berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama tiga lagi awak-awak warganegara Thailand lingkungan umur 22 hingga 51 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat-syarat sah lesen.
 
Bot tersebut bersama lebih kurang 500 kilogram ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Pangkalan Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.  
 
WhatsApp Image 2018-01-08 at 14.27.50  

Sumber : Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kuala Kedah