WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT , 11 November – Tiga orang lelaki warga Indonesia berjaya diselamatkan oleh Maritim Malaysia setelah kapal yang mereka naiki karam diperairan Tanjung Labuh, Batu Pahat petang semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat (PMBP), Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain bin Abdullah berkata, kapal yang membawa muatan kayu bakau tersebut  telah dimasuki air akibat dipukul ombak besar dan karam.Kesemua kru kapal telah diselamatkan oleh kapal kargo yang kebetulan melalui kawasan tersebut

Sejurus Pusat Operasi PMBP menerima panggilan kecemasan daripada MRCC Putrajaya , sebuah bot milik Maritim Malaysia digerakan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa dikawasan Tanjung Labuh." 

 

 

Sumber : Staf Perhubungan Awam PM 4 Batu Pahat