WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Kinabalu, 24 Mei - Kapal Maritim Arau (KM ARAU) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berpusat di Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama-sama dengan anggota TLDM di PTKK Sepanggar,Khamis yang lalu.

Pada jam 8.00 pagi, Pegawai dan anggota KM Arau telah mengadakan aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan Masjid Ibnu Batuta dan juga melakukan persiapan untuk majlis tersebut.

Kehadiran Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman iaitu Panglima Armada Timur turut memeriahkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih.

Setelah selesai menikmati hidang berbuka puasa dan Solat Tarawih, Pegawai Memerintah KM Arau bersama kru KM Arau seterusnya telah mengagihkan 150 bungkus bubur kacang kepada warga TLDM dan kanak-kanak yang hadir.

Majlis ini dihadiri seramai 250 orang yg terdiri daripada anggota KM Arau dan anggota TLDM.

 

 

b87520d7-7ddc-4c37-abf5-fd067fe99a8d eb39f9cf-be0e-438d-9e5e-c225bb599a78

 

 

 

Sumber/Foto : Staf Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan