WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 9 APRIL – Kapal Maritim Danga (KM DANGA) Daerah Maritim 4 Selangor sekali lagi berjaya menjadi platform bagi Program Pelupusan Debu Al-Quran anjuran Kumpulan Percetakan Ultimate Print.

Meskipun sudah berkali-kali ditugaskan sebagai platform program berkenaan, KM DANGA dan Daerah Maritim 4 Selangor khususnya tidak pernah memandang ringan perlaksanaan program tersebut malah mengalu-alukan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan platform pelupusan kerana ia tentunya melibatkan kemuliaan dan kesucian kitab yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang kekal hingga ke hari kiamat.

“Kami amat berbesar hati kerana turut berpeluang menjayakan proses pelupusan debu Al-Quran di samping melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan di laut. Ini membuktikan kami komited untuk menjadi manusia terbaik yang memberi manfaat kepada orang lain seterusnya mencapai visi Maritim Malaysia iaitu menjadi agensi penguatkuasaan maritim terbaik di dunia,” ujar Pegawai Memerintah KM DANGA, Leftenan Komander Maritim Rayhaizie bin Abdul Malek.

Sehubungan dengan itu, dianggarkan seberat 5 tan metrik debu Al-Quran berjaya dilupuskan oleh Pegawai dan anggota KM DANGA disertai staf Ultimate Print hari ini di Perairan Pulau Angsa demi menjaga kesucian al-Quran yang telah rosak atau lusuh.

IMG 8954 IMG 8925
IMG 8938 IMG 8905

Sumber : 

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang