WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TANJUNG SEDILI, 10 APRIL - Daerah Maritim Tanjung Sedili telah menganjurkan satu program Preventive Search And Rescue (SAR) bertempat di Jeti Awam Kg Sedili Besar, baru - baru ini. Objektif perlaksanaan program adalah untuk memberi kesedaran khususnya kepada pengusaha dan pemancing-pemancing secara umum tentang aspek -aspek keselamatan ketika berlaku situasi kecemasan semasa berada di laut.

Pegawai Unit Operasi DM7 Tanjung Sedili, Leftenan Dya (M) Abang Mohd Shahir bin Abg Shafie turut menyampaikan satu taklimat mengenai panduan tatacara pengunaan jaket keselamatan kepada para pemancing-pemancing sebelum turun ke laut.Secara tidak langsung program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pemancing-pemancing yang ada di daerah ini dengan pihak Maritim Malaysia selain dapat memberi penjelasan mengenai kemampuan dan tugas- tugas agensi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Selain itu, pogram ini turut memberi kesedaran kepada komuniti maritim di samping memacu publisiti Maritim Malaysia dengan berkesan serta membentuk satu persepsi positif dalam mencapai matlamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

IMG 5773 IMG 5775

 

 

 

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM 7