WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 3 MAC 2018  - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Australian Border Forces (ABF) hari ini bersama-sama merasmikan Pelancaran Ops Redback Siri 10/2018bertempat di Pantai batu 1, Port Dickson.

 

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar berkata, operasi bersama yang telah dilaksanakan sebanyak enam kali sejak 2011 bersama Australian Border Force (ABF) ini telah dapat mengurangkan statistik kegiatan migran dari Asia Barat seperti Iran, Pakistan dan Afghanistan yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum ke Australia dan ia telah mencatatkan jumlah sifar kes bagi tahun ini.

 

Tambah beliau, “selain menangani kegiatan penyeludupan migran, perlaksanaan Ops Redback Siri 10/2018 kali ini memfokuskan penguatkuasaan ke arah membendung kegiatan jenayah rentas sempadan yang melibatkan pergerakan pengganas antarabangsa seperti militan IS, Daesh, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, penyeludupan migran dan sebagainya”.

 

Katanya lagi, “dengan adanya operasi bersama seperti ini, Maritim Malaysia dapat memberi pendedahan kepada setiap pegawai dan anggota terlibat dengan pelbagai teknik dan kemahiran dalam melaksanakan operasi berskala besar seperti ini. Maritim Malaysia dan ABF sentiasa bekerjasama bukan sahaja dari sudut pengoperasian malah latihan bersama juga kerap diadakan bagi memastikan setiap pegawai dan anggota mempunyai daya keupayaan yang tinggi bagi berdepan dengan sebarang situasi ketika melaksanakan operasi. Di samping itu, kerjasama ini turut meningkatkan hubungan baik antara kedua-dua agensi, saling bertukar maklumat dan turut memberi sumbangan ke arah pembangunan kapisiti agensi”.

 

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, H.E Mr Andrew Goledzinowski yang turut hadir dalam majlis perasmian turut berkata dalam ucapannya, “operasi yang dilancarkan pada hari ini merupakan kesinambungan operasi yang terdahulu. Ia juga merupakan perkongsian strategik yang seterusnya ditunjukkan dalam kerjasama erat yang wujud di antara Maritim Malaysia dan ABF”.Tambah beliau, “ Australia komited untuk bekerjasama dengan Malaysia serta rakan antarabangsa yang lain dalam usaha berdepan cabaran serta memperkukuhkan lagi keselamatan maritim antara negara”.

 

Ops Redback Siri ke 10 ini akan dilaksanakan bermula 3 hingga 10 Mac di mana terdapat dua fasa iaitu fasa taklimat dan fasa operasi. Melalui fasa taklimat, kesemua yang terlibat akan diberi penerangan berkenaan elemen kesedaran terhadap situasi ancaman keganasan di Malaysia sebagai persediaan awal anggota di lapangan bagi setiap operasi yang dijalankan. Manakala fasa operasi pula akan melibatkan aset dan kawasan operasi di PerairanSelat Melaka.

 

Sehingga hari ini, hasil operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Maritim Malaysia telah merekodkan 255,524 jumlah penggeledahan dan 10,125tangkapan. Seramai 4,543pesalah telah dikenakan kompaun,  sebanyak 1,928 kes dibawa ke mahkamah dan 2,435 kes pula diserahkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. Dari jumlah itu, bermula Januari 2006 hingga kini,  seramai 1,033pendatang asing tanpa izin  telah ditahan. Dari penguatkuasaan yang dijalankan Maritim Malaysia bagi tahun ini sahaja telah berjaya mengutip hasil berjumlah RM 307 juta yang melibatkan lelongan ikan, kompaun, pelupusan serta denda nelayan asing. Bersempena dengan perasmian Ops Redback Siri 10 ini turut diadakan majlis penyerahan 40 jaket keselamatan kepada individu nelayan dari perairan Negeri Sembilan dan Melaka.

 

Dengan adanya operasi seperti ini, ianya akan memberikan kesan positif bukan sahaja kepada kedua-dua negara malah negara serantau turut mendapat manfaat bersama. Maritim Malaysia dan ABF berharap Ops Redback ini dapat meneruskan kesinambungannya pada tahun hadapan. Buat julung kalinya dalam inisiatif Strategi Lautan Biru, Maritim Malaysia dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson turut mengadakan Karnival Community Transformation Centre (Mobile CTC). Pendekatan Maritim Malaysia dalam program kali ini adalah dengan mengadakan persembahan demonstrasi menyelamat mangsa di laut, taklimatPreventive Search and Rescue (SAR) kepada komuniti maritim dan penduduk tempatan serta pameran peralatan dan peluang kerjaya Maritim Malaysia. Antara program lain yang turut berlangsung adalah seperti acara senamrobik, pertandingan mewarna, sukaneka, sukan rakyat, pertandingan memasak, 15 khemah pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, 10 Bas pameran, 12 Food Caravan, Buskers dan lain-lain aktiviti.

 

redback redback 2
redback 3 redback 8
redback 7 redback 6

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi