WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2018 – Buat julung kalinya Maritim Malaysia hari ini melantik seramai sembilan orang Ahli Jawatankuasa Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM), yang terdiri daripada enam Ahli Parlimen, dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ketua Umno.
 
YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, “ Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa ini merupakan jalinan kolaborasi strategik Maritim Malaysia dengan melibatkan Yang Berhormat Ahli Parlimen sebagai Ahli Jawatankuasa PSMM, Fungsi perlantikan Ahli Jawatankuasa PSMM ini antaranya sebagai nadi dalam menggerakkan PSMM di seluruh negara, membantu Pegawai Agensi dalam menentukan hala tuju PSMM pada masa akan datang serta bertindak sebagai medium perantara dalam menyampaikan maklumat secara telus kepada masyarakat dalam sebarang isu yang timbul melibatkan Maritim Malaysia”.
 
Jelasnya lagi, “ kita perlu sedar tanggungjawab memastikan perairan Negara kita sentiasa dalam keadaan selamat bukan hanya terletak di bahu anggota Maritim Malaysia dan agensi-agensi maritim yang lain sahaja. Kesempurnaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara memerlukan gandingan yang mantap dari semua golongan samada pihak kerajaan, swasta serta seluruh masyarakat tanpa mengira usia, keturunan, agama dan fahaman politik. Dalam erti kata sebenar menjaga keselamatan negara dari udara, darat dan laut adalah tanggungjawab bersama. Kita semua wajar sedar bahawa kestabilan, kemajuan, kemakmuran serta kedamaian yang dinikmati oleh negara ini boleh tergugat dan tidak sempat dirasai oleh generasi akan datang jika kita tidak berusaha dengan cekap lagi berkesan untuk mempertahankannya mulai sekarang. Oleh yang demikian kewujudan Ahli Jawatankuasa PSMM ini bukan sahaja dilihat dari segi pengeluaran sumber tenaga manusia di kala terdesak, tetapi ianya juga sebagai satu langkah dan platform bagi negara memupuk semangat rakyat cintakan negara”.
 
Turut Hadir Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, , Yang Berbahagia Dato’ Abd Rashid bin Harun, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Yang Berbahagia KPj. (PA) Mej. Jen. (B) Dato’ Azmy bin Yahya Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.