WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Linggi, 26 Mac – Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sembilan/Melaka telah menerima Kunjungan Hormat dari Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Negeri Sembilan dan Ketua Marin Kastam DiRaja Malaysia, Lukut bertempat di DM5 Kuala Linggi pada 23 Mac lalu.

Dalam kunjungan hormat yang pertama, Pn Nazira bt Hj. Sadiron yang baru sahaja dilantik sebagai Pengarah AADK Negeri Sembilan telah sudi hadir bersuai kenal dengan Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud. Disamping itu juga, beliau berhasrat meneruskan kerjasama dalam operasi bersama membanteras jenayah dadah dalam kalangan komuniti maritim yang kian berlaku pada masa kini.

Pada hari yang sama juga, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Marin Kastam DiRaja Malaysia, Tuan Ganesh A/L Guna yang hadir untuk membincangkan situasi semasa perairan dibawah kawasan tanggungjawab disamping bertukar-tukar padangan dan beramah mesra.Pihak APMM DM5 amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran dari kedua-dua agensi dan berharap hubungan dua hala yang baik ini akan berterusan pada masa hadapan demi keselamatan perairan Negara. 

kh 2 kh

Sumber:

Staff Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi