WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 9 MACAMSAS baru-baru ini telah menerima kunjungan hormat dan juga lawatan dari Pegawai Memerintah Kapal Indian Coast Guard VAIBHAV (CG32) bersama 30 anak kapalnya. Kunjungan ini  merupakan salah satu dari rangka lawatan  kapal tersebut sepanjang 3 hari berada di Kuantan, Pahang.

Deputy Inspector General Arvind Sharma dan pegawai serta anak kapalnya telah diberikan taklimat ringkas berkaitan AMSAS serta di bawa melawat ke kawasan persekitaran AMSAS termasuk Mock Court, Bengkel Kejuruteraan dan juga MYMCC.

Lawatan ini diakhiri dengan perlawanan persahabatan bola tampar di antara pasukan Maritim Malaysia (WILTIM dan AMSAS) dan juga pasukan Indian Coast Guard (VAIBHAV).

Terlebih dahulu, seramai 10 orang warga AMSAS telah mengikuti lawatan ke atas Kapal VAIBHAV bersama beberapa anggota WILTIM bagi melihat dengan lebih dekat dan mengetahui teknologi dan peralatan navigasi mahupun teknikal yang digunapakai oleh kapal tersebut.

DSC 3470 DSC 3495
DSC 3507 DSC 3555

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS