WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 6 Mac – Pagi tadi telah berlangsungnya Perbarisan Ulung Pangkalan Maritim Lahad Datu (PM 8) bagi tahun 2018. Perbarisan kali ini mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana penglibatan semua warga PM 8 bersempena menyambut Hari Ulangtahun Maritim Malaysia Ke 13. Perbarisan yang diketuai oleh Lt Dya Maritim Wan Syarafuddin Jafni bin Wan Badarudin ini terdiri daripada dua platun.

Selain memenuhi aktiviti tahunan pangkalan, perbarisan ini juga menjadi platform bagi setiap warganya agar sentiasa menunjukkan keterampilan yang segak dan berdisiplin tinggi. Disamping itu, perbarisan ini turut diselitkan dengan pelancaran Program 3K (kecergasan, kesegakan dan kesihatan) yang akan berlansung pada bulan ini. Dalam ucapan pelancaran program ini, Pengarah Maritim Pangkalan Lt Kdr Maritim Radzil Allexender bin Raphael amat berbangga dan berpuas hati dengan penganjuran program  seperti ini di atas komitmen serta dan kerjasama yang ditunjukkan setiap pasukan yang hadir bagi melancarkan program ini.

"Program sebegini harus diteruskan setiap tahun bagi mencungkil bakat pegawai dan anggota Maritim Malaysia sedia ada dalam bidang sukan selain melahirkan pegawai dan anggota yang cergas dan sihat", kata beliau. Tambahannya, agensi ini amat menitik beratkan indeks jisim badan (BMI) pegawai dan anggotanya dalam melahirkan seseorang penguatkuasa yang berketerampilan dalam melaksanakan tugas di lapangan yang mempunyai pelbagai situasi yang perlu mereka hadapi.

perbarisan ulung PMLD peerbarisan 4
perbarisan4 perbarisan2

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam PM8