WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 8 MAC - Agensi PenguatKuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu telah melangsungkan satu majlis ringkas bagi perasmian pelaksanaan Program Baik Pulih Rumah Daif di kawasan Tuaran secara gotong royong oleh Daerah Maritim Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som di Kampung Gayang, Tuaran, pagi tadi.

Pegawai PPPNS En. Moro bin Jarani yang hadir pada majlis perasmian tersebut menyatakan bahawa pemilihan rumah orang miskin adalah melalui Sistem Data eKasih. Setelah itu, PPPNS melantik beberapa jabatan kerajaan persekutuan untuk membantu menerajui beberapa projek pembaikan rumah orang miskin secara gotong-royong. Sebanyak empat buah rumah telah siap dibaik pulih oleh anggota Daerah Maritim Kota KInabalu yang menelan belanja RM 40,000 melalui peruntukan yang disalurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (PPPNS).

Menurut Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz, Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu, semua kerja-kerja tersebut telah dibuat secara gotong royong dengan menggunakan tenaga kerja pasukan Maritim Kota Kinabalu yang telah turun secara sukarela untuk membantu orang miskin membaiki rumah mereka selepas menerima lantikan sebagai Agensi Peneraju daripada PPPNS. Kempat-empat rumah yang diusahakan tersebut berada di kawasan yang berbeza iaitu Kg. Gayang. Kg. Shahbandar, Kg. Giling Tengah dan Kg. Panimbawan.

Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan usaha murni serta komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh warga Maritim Kota Kinabalu yang terlibat. Turut dinyatakan bahawa anggotanya sanggup untuk membuat yang terbaik bagi memastikan orang miskin yang dibantu dapat hidup dalam rumah yang lebih selamat dan selesa.

Katanya lagi, semasa beliau membuat lawatan pemantauan kerja terhadap tim-tim kerja yang terlibat, keempat-empat pemilik rumah yang dibaik pulih tidak putus-putus menyuarakan perasaan terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan sehinggakan ada antara mereka yang menangis. Melihatkan situasi tersebut, beliau merasa sebak dan berharap agar usaha murni seperti berikut dapat diteruskan pada masa akan datang oleh PPPNS.

Beliau turut menyatakan kesediaan dan komitmen pegawai dan anggotanya untuk turut serta dalam projek seterusnya sekiranya Maritim dipanggil semula oleh PPPNS untuk membantu membaik pulih rumah di Sabah.

cd43ff3a-9dc7-4e3b-ad6c-eeaca09971fe b4d81ebf-3dde-47f8-b096-b8e5893540c4
63c5413e-4027-4f73-b589-7370c0367ff8 1cddc3c3-4d85-400b-95c9-2d484779ee8f

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam DM15