WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU INDAH, 27 Feb - Daerah Maritim 4 Selangor buat julung kalinya telah mengadakan Hari Terbuka Maritim bersempena Ulang Tahun Maritim Malaysia (APMM) ke-13 pada 15 Februari yang lalu.Hari Terbuka tersebut diadakan pada 25 Februari (Ahad) bertempat di Pangkalan Polis Marin, Pulau Indah dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim Mohd Iszuadi bin Mohammad Hassan.

  Menurut beliau, hari terbuka ini memberi peluang kepada Maritim Malaysia untuk mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama dengan komuniti setempat di samping memberi kesempatan kepada masyarakat awam untuk lebih mengenali aset dan memahami kerja sebagai anggota penguatkuasa Maritim Malaysia.

  Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah pameran jetski, serta boat ride yang melibatkan bot peronda maritim serta lawatan ke kapal dan bot yang mencatatkan kehadiran hampir 250 orang pengunjung. Aktiviti sukaneka seperti pertandingan mewarna dan boling kelapa turut diadakan di dalam dewan perasmian, menjadikan jumlah pengunjung keseluruhan hampir 300 orang bagi mewarnai suasana hari tersebut yang berakhir pada 4 petang.

IMG 6349 IMG 6483
IMG 6659 IMG 6552
IMG 4099 IMG 6611

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang