WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 21 Feb  - Seramai 18 orang pegawai dan anggota Pangkalan Maritim Lahad Datu telah mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara Maritim Malaysia menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM)  semalam. Perlawanan ini diadakan bersempena menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) Maritim Malaysia ke – 13 di Padang Bolasepak Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Objektif perlawanan ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan antara agensi dengan masyarakat setempat di samping dapat menjalinkan ikatan silaturahim serta kesefahaman antara jabatan.

Pasukan Maritim Malaysia yang diketuai oleh Leftenan (M) Muhammad Zarif bin Mat Yunus, memulakan perlawanan dengan baik sekali melalui formasi 4-5-1. Kedua-dua pasukan sentiasa berbalas serangan sehingga pasukan lawan telah mendahului jaringan gol. Namun begitu, selang beberapa minit Maritim Malaysia akhirnya dapat menyamakan kedudukan semula hasil jaringan ketua pasukan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 4-2. Kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan perlawanan serta mutu permainan yang di tunjukkan oleh setiap pemain. Polis Diraja Malaysia Daerah Lahad Datu mengucapkan selamat hari ulangtahun Maritim Malaysia ke 13 dan berharap dapat bekerjasama sentiasa dalam menjaga keamanan sejagat. Tahniah di ucapkan untuk kedua-dua belah pasukan.

bolasepak maritim bolasepak maritim 2

Sumber/Foto : Staf Perhubungan Awam PM8