WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 13 FEB - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15 (DM15), Kota Kinabalu telah menganjurkan Program "Open Ship Day" dengan tema "Warga Cemerlang Maritim Gemilang" bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Maritim Malaysia ke-13 di Jeti Sabah Port, Kota Kinabalu, kelmarin.
Acara yang bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang ini memberi peluang kepada orang awam unutk melawat dan mengalami sendiri pengalaman berada di atas dua buah kapal canggih milik Maritim Malaysia iaitu KM Arau dan KM Kota Belud serta memahami serba sedikit tentang tugas dan tanggungjawab Maritim Malaysia.

Program "Open Ship day" ini telah menarik lebih kurang 500 orang pengunjung sepanjang program ini dijalankan. Antara tarikan utama program ini adalah pameran senjata api kecil, bot ride dan pameran agensi jemputan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan dan lain-lain.

Selain itu, aktiviti sampingan seperti gerai jualan cenderamata dari Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu serta peraduan teka kacang turut diadakan bagi memeriahkan suasana dengan peluang memenangi hadiah-hadiah yang di sediakan.

Warga Maritim Malaysia Kota Kinabalu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan pengunjung yang sudi hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia dan memohon maaf segala kekurangan dan kesulitan sepanjang acara ini berlangsung.

 

IMG 1964 IMG 2028
IMG 20180211 115335 IMG 2066

Sumber/Foto : Staf Perhubungan Awam DM15