WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 26 JANUARI – Dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan warganya, AMSAS buat julung kalinya telah mengadakan English Presentation Day 2018. Pelaksanaan program ini bukan sahaja bertujuan mengasah kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris malahan juga sebagai salah satu platform bagi warga AMSAS menyampaikan pendapat dan juga pandangan berdasarkan topik-topik yang dibentangkan.

Sebagai permulaan, program ini melibatkan pembentangan topik oleh pelatih kursus asas Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017 dan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada pegawai AMSAS sendiri. Topik yang dipilih tidak tertumpu kepada hal ehwal maritim semata-mata sebaliknya lebih kepada isu-isu semasa dan bersifat global.

Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS, YBhg. Laksamana Pertama Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad turut hadir menyaksikan sesi pembentangan pada hari tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut disampaikan adalah hadiah bagi sepuluh pemenang “Top 10 Journal Writing” dan juga sepuluh pemenang “Top 10 Public Speaking” yang mana kedua-dua kategori ini dinilai berdasarkan tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada pelatih sepanjang tempoh latihan. 

English 1 English 2
English 3 English 4

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS