WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 26 Januari - YBhg  Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia telah membuat lawatan dan kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah ICGS Shaunak, Timbalan Inspektor Jeneral T. Sashi Kumar dalam satu majlis resepsi di atas kapal tersebut.

            Kunjungan hormat tersebut merupakan yang julung kalinya diadakan bagi membincangkan serta bertukar pendapat mengenai isu-isu terutamanya dari aspek keselamatan yang melibatkan kedua-dua agensi keselamatan tersebut di samping mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

 

 

IMG 6104 IMG 6250

PELABUHAN KLANG, 24 Januari - Dua buah kapal Indian Coast Guard iaitu ICGS Shaunak dan ICGS Rajshree tiba di Boustead Cruise Centre pada pagi ini dengan diiringi oleh KM Bagan Datuk. Kedatangan kapal tersebut disambut oleh Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 4 Selangor (DM4), Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad dan sesi pertemuan antara

 

          Kehadiran kedua-dua kapal itu turut memberi peluang kepada Pegawai dan anggota DM4 untuk melawat kapal dalam sesi lawatan yang dijadualkan pada 25 Januari (Khamis). Satu kunjungan hormat akan turut diadakan ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia. Di samping itu, perlawanan persahabatan bola tampar akan turut diadakan pada petang tersebut di antara anggota DM4 dan ICGS sebelum majlis resepsi kapal diadakan pada 26 Januari 2018, 7.30 petang.

 

          ICGS Shaunak dan ICGS Rajshree, kapal sepanjang 105 meter dan 48.9 meter itu dijangka belayar pulang pada Hari Ahad, 28 Januari ini jam 9 pagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PELABUHAN KLANG, 25 Januari - Abu Al-Quran seberat 10 tan dilupuskan pada pagi ini dengan kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 4 Selangor (DM4). Abu yang dibawa di atas KM Bagan Datuk serta sebuah kapal Polis Marin, PT 2 dilupuskan di perairan Pulau Angsa. Aktiviti pelupusan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Alwi bin Hj Ibrahim serta 59 wakil daripada pelbagai agensi.

 

          Menurut Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad, Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberikan bantuan dan platform bagi menjayakan program pelupusan abu Al-Quran yang merupakan kaedah bagi memuliakan dan menjaga kesucian Al-Quran. Beliau juga berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SHAH ALAM, 23 Januari - Sesi pembentangan dan penilaian pertama bagi Pertandingan Pantai Angkat anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah diadakan pada pagi ini di pejabat lembaga berkenaan.Daerah Maritim 4 Selangor yang mewakili Pantai Angkat Tanjung Harapan telah hadir ke sesi pembentangan tersebut.

 

          Timbalan Pengarah (Logistik), Lt Kdr (M) Mahathir bin Mohammad selaku pengerusi telah bertindak membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan bagi memulihara dan memelihara kawasan pantai di samping mewujudkansuasana ceria serta kawasan persekitaran pantai yang bersih.

 

          Tegas beliau, keadaan tersebut perlu dikekalkan memandangkan Pantai Tanjung Harapan merupakan kawasan tumpuan pengunjung terutamanya ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PELABUHAN KLANG, 26 Januari - YBhg  Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia telah membuat lawatan dan kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah ICGS Shaunak, Timbalan Inspektor Jeneral T. Sashi Kumar dalam satu majlis resepsi di atas kapal tersebut.

 

            Kunjungan hormat tersebut merupakan yang julung kalinya diadakan bagi membincangkan serta bertukar pendapat mengenai isu-isu terutamanya dari aspek keselamatan yang melibatkan kedua-dua agensi keselamatan tersebut disamping mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.