WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 25 Januari - Abu Al-Quran seberat 10 tan dilupuskan pada pagi ini dengan kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 4 Selangor (DM4). Abu yang dibawa di atas KM Bagan Datuk serta sebuah kapal Polis Marin, PT 2 dilupuskan di perairan Pulau Angsa. Aktiviti pelupusan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Alwi bin Hj Ibrahim serta 59 wakil daripada pelbagai agensi.

          Menurut Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad, Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberikan bantuan dan platform bagi menjayakan program pelupusan abu Al-Quran yang merupakan kaedah bagi memuliakan dan menjaga kesucian Al-Quran. Beliau juga berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

IMG 5391 IMG 5610