WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 24 Januari - Dua buah kapal Indian Coast Guard iaitu ICGS Shaunak dan ICGS Rajshree tiba di Boustead Cruise Centre pada pagi ini dengan diiringi oleh KM Bagan Datuk. Kedatangan kapal tersebut disambut oleh Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 4 Selangor (DM4), Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad dan sesi pertemuan antara beliau dan Pegawai Memerintah ICGS Shaunak, Timbalan Inspektor Jeneral T.Sashi Kumar turut diadakan.

          Kehadiran kedua-dua kapal itu turut memberi peluang kepada Pegawai dan anggota DM4 untuk melawat kapal dalam sesi lawatan yang dijadualkan pada 25 Januari (Khamis). Satu kunjungan hormat akan turut diadakan ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia. Di samping itu, perlawanan persahabatan bola tampar akan turut diadakan pada petang tersebut di antara anggota DM4 dan ICGS sebelum majlis resepsi kapal diadakan pada 26 Januari 2018, 7.30 petang.

          ICGS Shaunak dan ICGS Rajshree, kapal sepanjang 105 meter dan 48.9 meter itu dijangka belayar pulang pada Hari Ahad, 28 Januari ini jam 9 pagi.

IMG-20180124-WA0033 IMG-20180124-WA0029