WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 26 JANUARI - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) YBhg Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifili bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan rasmi ke Daerah Maritim 15 (Kota Kinabalu) pada 22hb Januari hingga 23hb Januari 2018.

Ketibaan YBhg Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifili bin Abu Bakar telah disambut oleh Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som, Pengarah Maritim Daerah 15 (Kota Kinabalu) Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz serta pegawai-pegawai kanan Wilayah Sabah dan Labuan. Seterusnya Dato' Sri Ketua Pengarah telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku.

Semasa lawatan rasmi ini, YBhg Dato' Sri Ketua Pengarah telah mempengerusikan Panel Temuduga pegawai kanan yang dianjurkan oleh Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat APMM. Seramai 35 orang calon telah menghadiri temuduga tersebut. Turut hadir sebagai ahli panel adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Dato' Indera Taha bin Ibrahim dan Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri Datuk Haji Akbar bin Haji Samon.

 

IMG 3469 IMG 3463
IMG 3432 IMG 3420

 

Sumber/Foto : Staf Perhubungan Awam DM15