WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SUNGAI LEMBING, 11 JAN – Program Ikhtiar Hidup bagi Pelatih Kursus Asas Lt Muda Maritim Siri 9/2017 dan Bintara Muda Maritim Siri 1/2017 melabuhkan tirainya di sini, hari ini.

Program yang dijayakan sepenuhnya oleh jurulatih AMSAS dengan bantuan Pasukan Tindakan Khas (PTK) ini bertujuan mempersiapkan pelatih dengan pengetahuan asas ikhtiar hidup seperti teknik mencari sumber makanan, punca air dan tempat perlindungan dalam waktu kritikal apabila menghadapi ancaman atau tersesat di hutan mahupun pulau.

Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, para pelatih terlebih dahulu mengikuti aktiviti Jalan Lasak sepanjang 15KM untuk sampai ke tapak program. Antara tentatif lain yang turut diselitkan dalam program ini adalah aktiviti mendaki Bukit Panorama dan juga aktiviti khidmat masyarakat gotong royong Balai Raya Kampung Kuala Kenau.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Komandan Akademi, Laksamana Pertama (M) Amir bin Hj Hamzah.

DSC 9088 DSC04878
DSC 9596 DSC 9738

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS