WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 23 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 18 Tawau (DM18) baru-baru ini telah menerima satu kunjungan hormat daripada Konsulat Republik Indonesia, Tawau.

 

Konsulat R.I Tawau, Krishna Djelani dan rombongan disambut baik oleh Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa. Turut hadir iaitu Timbalan Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin dan Pegawai Memerintah KM Budiman, Leftenan Komander Maritim Hizam bin Zulkifli.

 

Kunjungan julung kalinya pada tahun 201ini membincangkan mengenai hubungan kerjasama antara pihak APMM dan Konsulat Republik Indonesia, Tawau sepanjang tahun 2017. Selain itu, Konsulat Republik Tawau turut memaklumkan bahawa perpindahan tugas beliau ke Kota Kinabalu pada awal bulan Februari 2018. Ucapan teirma kasih turut disampaikan kepada PMD di atas segala kerjasama selama ini.

 

Secara tidak langsung kunjungan ini mampu mengeratkan lagi lagi hubungan dua hala antara jabatan dan memberi manfaat kepada semua. Porgram pada kali ini diakhiri dengan acara penyampaian cendera kenangan daripada kedua- dua jabatan dan diikuti dengan sesi bergambar.

 

IMG 7660 IMG 7681

Sumber / Foto : Staf Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau