WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SUNGAI BESAR, 16 Jan - Majlis penyerahan kad e-Rakam (Rakan Maritim) antara TLDM dan Maritim Malaysia bersama Para Pengusaha Nelayan di Pantai Barat (Sungai Besar dan Sekinchan) berjaya dilaksanakan di Dewan Persatuan Nelayan Sungai Besar baru-baru ini dalam sesi dialog yang turut dihadiri oleh wakil Maritim Malaysia, Daerah Maritim 4 Selangor, Timbalan Pengarah (Operasi) Komander Maritim Mohd Iszuadi bin Mohammad Hassan.

 

                   Majlis yang diselaraskan oleh Pegawai Penyelaras TLDM dan Maritim Malaysia yang dilantik iaitu Mejar Kehormat Choi Kok Wai merupakan satu usaha bagi membincangkan isu-isu terkini mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh nelayan terutamanya isu keselamatan para nelayan tempatan daripada gangguan penguatkuasa Indonesia ketika menangkap ikan. Para nelayan juga bersetuju untuk mematuhi peraturan sedia ada malah mahu bekerjasama dalam menyalurkan maklumat pergerakan dan kawasan penangkapan ikan mereka.

 

IMG 4909 IMG 4941